Sunday, January 30, 2011

perjuangan yang akan selesai. insya-Allah.

jauh di ardul kinanah,
ada anak hilang ayah.
ada isteri hilang suami.
ada abang hilang adik.
ada ibu hilang anak.
ada gadis hilang maruah.
ada empunya hilang harta.

namun di sebalik semua kehilangan,
pejuang tidak berputus harapan.
janji Allah jadi sandaran,
sokongan umat jadi kekuatan.

teruskanlah perjuangan saudarasaudaraku.
meskipun cahaya kemenangan masih kelam,
sunnatullah itu Islam juga yang pasti menang.

La Tahzan! Innallaha ma'ana.

risau.

assalamualaikum.

suasana di Mesir semakin meruncing.
risau tak terkira.
saya fikir rusuhan itu cuma berleluasa di bandarbandar uta ma seperti kaherah, alex, dan mansoura.
tapi, al-jazeera memaklumkan bahawa di pedalaman tanta itu turut berlaku rusuhan.
Allahu Allah.
mohon selamatkan dia, cinta hati saya.
mohon selamatkan semua, saudara seaqidah yang berjuang di sana.

p/s:
serius tak boleh nak fokes esaimen.
setiap 10 minit akan check live blog al-jazeera.
:(

random thought.

assalamualaikum.

sewaktu entry ini ditulis, saya sedang keseorangan di rumah. hanya bertemankan heater comot di sebelah dan laptop hensem di hadapan. ya, ini sahaja pengubat sunyi saya. yang lain tiada di rumah. mereka ke library. ada satu esaimen perlu dihantar rabu nanti. dan saya belum tulis walau satu perkataan pun. terbaik kan?

hurm. sedang sepisepi begini tibatiba saya terfikir:

kenapa saya tak suka lepak library ya?

ish. abnormal kan? macam allergic betul saya dengan library tu sampaikan saya tak boleh pun nak imagine sedang duduk study di library. inikan pula betulbetul duduk menelaah di sana. oleh sebab tak sukakan library lah, saya duduk berteleku di rumah seorang diri saat ini. ya, saya lagi rela berseorangan daripada duduk di library. hairan sungguh.

malas nak bebel panjang. rasa annoyed dengan diri sendiri lah pulak. hurm, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk ubati penyakit allergic pelik ni. saya dah dapat idea. tapi, mungkin takkan dilaksanakan sekarang. nanti. tapi pasti. heh.

nak gi sambung membaca. doakan saya aman dalam membuat esaimen ni. doakan saya siap cepatcepat juga, ya? agar saya tak serabut macam minggu lepas lagi. terima kasih. hee.
=)

Friday, January 28, 2011

saat iman mencanak turun.

assalamualaikum.

dua tiga hari ini, hati tidak aman. seakan-akan ada sesuatu yang kurang dalam hidup. terasa hidup ini kosong, tidak sempurna, tidak lengkap. saya cuba merenung seketika, cuba melihat apa yang kurang. sisi duniawi terlihat indah. namun, tatkala bermuhasabah tentang hati, fahamlah saya akan keberadaannya yang tidak seperti biasa. iman sudah mencanak turun.

astaghfirullah. :(

saya bermuhasabah lagi: apakah sebab yang membawa kepada hal ini?

dan terlihatlah oleh saya beberapa perkara yang membuatkan saya boleh cakap dengan diri sendiri: PADAN MUKA. LAIN KALI BUAT LAH LAGI. *nada sinis*

sebab pertama: lalai dengan dunia.
minggu ini minggu esaimen. memang tidak tenteram perasaan. teringat lah saya, sewaktu proses membuat esaimen tu, saya jarang mencapai khusyuk dalam solat. lebih-lebih lagi pada hari isnin dan selasa. adakala, sewaktu solat masih lagi terlintas soal esaimen. hurm, betul lah apa orang cakap. pelajaran kadangkala boleh jadi penghalang untuk kita dekatkan diri dengan Tuhan. tapi, bukan salah esaimen tu. yang bersalah itu saya. siapa suruh buat esaimen last minute? kan da serabut serabai segala. haa. PADAN MUKA.

sebab dua: tandus istiqamah dalam amal.
hurm, mutabaah amal saya gagal minggu ni. dapat 0% agaknya. al-Quran tak terjaga. mathurat tak terjaga. solat awal waktu tak terjaga. solat jemaah pun sama. bangun study pukul empat pagi, tapi tak terlintas pun nak tahajud. habis study tido balik. huh. dasyat sungguh keadaan saya minggu ni. alasan diri: penat letih mengantuk tak sempat masa bla bla bla. eh, masak sempat pulak ya? hurm. kecewa dengan diri sendiri. tsk. tsk.

sebab ketiga: banyak cakap.
ya, banyak bercakap membawa kepada penyakit hati. haa. cakap lah banyakbanyak lagi. perkara tak berfaedah pun nak cakap. bazir masa, bazir tenaga. ikhtilat tak terjaga. dan yang paling best, dapat penyakit hati. PADAN MUKA.

kawankawan, tolong jangan tegur saya di facebook atau skype atau ym atau formspring kalau tiada perkara penting ya. itu teknik menjaga hati kita bersama. tolong lah berbuat demikian ya? sebab mulut saya ni fragile. pantang orang tegur sikit je da nak mula nak reply. konon, tak sampai hati tengok kawan cakap sorangsorang. huh. *marah pada diri sendiri*

sebab keempat: tak jaga hati.
hati yang tenteram adalah hati yang diselubungi cinta Allah yang sepenuhnya. tapi, minggu ini hati saya terganggugugat ya. rindu malaysia yang sangat banyak. sampai kadangkadang rindu mama mengatasi rindu pada Tuhan. sebab tu, kurang jaga solat awal waktu. doa pendekpendek. hua, buruknya perangai! *kesal dengan diri sendiri*

lagi, ada satu benda asing yang muncul dalam hati. otak pulak ligat duk fikir pasal benda asing tu. aiyai. tak perlu fikirlah, cik otak. buat tambah tompok hitam dalam hati je. tsk. tsk.

tujuan menulis di sini, bukan untuk buka aib sendiri. tak. tak. ini muhasabah saya. saya tulis kan di blog sebagai peringatan buat saya. biar lain kali tak kan buat lagi. dan mungkin, kalian juga boleh ambil pelajaran. JANGAN LEKA DENGAN DUNIA. JAGA ISTIQAMAH DALAM IBADAH. JANGAN BERCAKAP PERKARA TAK BERFAEDAH. JAGA IKHTILAT. JAGA HATI. insya-Allah, terjaga lah iman.

kawankawan, jaga iman baikbaik ya? kan itu nikmat terbesar yang Allah beri pada kita. jangan biarkan Allah hilangkan nikmat iman itu dari hati. sedikit iman menurun pun, saya da rasa hidup saya weng. entah apa akan jadi, kalau nikmat itu ditarik terus. kalau emas boleh kita simpan dalam peti besi, iman tu kita dakap erat biar mendap sampai lubuk hati. sebab emas segunung pun tak kan mampu menandingi nilai iman yang terlalu tinggi. percayalah..




'Auzubillahiminas syaitan nir rajeem.
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik wa ta'atik.
Rabbana la tuzigh qulubana ba'adaiz hadaitana wa hab lana min-laduka rahmah innaka antal-wahhab.
Rabbana atina fil-dunya hasanah wa fil-akhirati hasnatan waqina 'azaban naar.
Amin.

Thursday, January 27, 2011

a letter to wed&thurs-day.

assalamualaikum.

lately, wednesday and thursday seldom be nice to me. i just dont understand why they have to behave like that. every time wednesday and thursday visit, there will be something gone wrong. wednesday and thursday always make me feel miserable. i hate them so much for that. i already hate them for i have to rush to class early in the morning. and now, with all the miseries and troubles which they bring about, i despise them even more! grr.

dear wednesday and thursday,
do be good to me next time, please?
i promise i will not fall asleep in mukul or peter's class anymore.
okay?
bunch of thanks.
regards,
marini.


oh, oh, wait!
i have almost forgotten.
i have another letter for the sun.
here it is:

dear sun,
where have you been?
i haven't seen you for a few days.
coventry is getting chiller and colder each day.
i really need you to keep me warm.
do come back soon, alright?
i miss you lots.
lots of love,
marini.

Tuesday, January 25, 2011

satu dah berkubur, tapi ada lagi satu.

assalamualaikum.

lama sudah rasanya blog ini terabai.
tidak ter-update.
maklum saja, empunyanya sibuk berpanjangan.

term 2 memang amat hectic sekali.
nampaknya musim bulan madu saya sudah tamat.
bermula dari awal buka sekolah,
sehingga ke hari ini,
ada sahaja kerja sekolah datang menjengah minta disiapkan.

hari ini,
satu lagi naga besar yang bernama oracy telah saya hantar ke kuburan.
awal minggu lalu,
saya fikir selepas kuburkan yang ini bolehlah saya duduk goyang kaki.
tapi rupanya tak.
akhir minggu lepas,
lynette lepaskan naga lain pulak.
dan saya dikerahkan menghantarnya ke kuburan pada hari rabu minggu hadapan.

ah, tak sudahsudah dengan berperang lah saya sekarang.
sampai hidup jadi tunggang langgang.

kadangkadang rasa seksa juga.

tapi, sifat natural satu jihad itu kan memang begini:
.susah.payah.penat.lelah.jerih.perih.

memang hairan juga bilamana sewaktu berjihad
boleh bernafas nyaman bersenang lenang.
oh, mungkin Allah bagi saya cuti mungkin term 1 yang lalu.
mujur saja saya habiskan masa cuti yang lalu dengan bergaya.
heh.

sekarang sudah minggu ketiga.
sekolah lagi dua minggu,
kemudian CUTI.
yeay!

lama tak bercuti rasanya.
hahaha.
budak pemalas memang begini.
sehari kerah tenaga pun rasa macam setahun lamanya.
jangan ikut perangai buruk marini ni ya?

okay lah.
sampai sini saja dulu.
nak pergi jenguk kerja sekolah abang mukul pulak.

assalamualaikum.
(^^,)

Thursday, January 20, 2011

percayalah, saya memang da gemuk. tsk.

assalamualaikum.

setting cerita:
kelas culture&citizanship, seminar room A1.05

ceritanya:
lynette pegang kertas yang ada muka semua students kelas A.
kemudian lalu depan saya.
dan berkata:
"so, you are fatin?"
saya jawab:
"yes."
dia tanya lagi sambil menjeling ke arah gambar:
"fatin??"

ya, cik lynette saya taw saya da gemuk.
tapi, perlu la kan tanya dua kali sambil jeling gambar waktu saya masih kurus.
sobs!






cik farah azwa:
kita memang patut beli penimbang berat
SEKARANG jugak.
huu!

Wednesday, January 19, 2011

hati. dan bulan. ♥

assalamualaikum.

ada orang pernah berkata kepada saya:
hati manusia dan bulan itu saling bertautan.

benar kan?
lihat saja pada bulan, hati jadi tenang.

bulan buat malam gelap jadi bercahaya.
bulan buat langit hitam jadi berseri.
bulan buat dunia hitam malam hari jadi indah.

saya sukakan bulan.
sangat sangat sangat.

dan malam ini, bulan purnama.
gilang gemilang dia bercahaya di atas sana.
ada bintikbintik bintang berkilau jadi hiasan untuk tambah indahkan dia.

SubhanAllah.
yang diciptakan indah, Yang Menciptakan pasti lebih indah bukan?

tibatiba saya teringatkan sepotong ayat dalam kitab cinta dariNya:
"demi bulan apabila jadi purnama" (84:18)
ringkas. namun indah. dan bermakna. juga menenangkan jiwa.

sungguh,
antara hati manusia dan bulan itu,
ada ceritera cinta yang tersendiri.
*senyum* :)

Sunday, January 16, 2011

usrah.&tarbiyah islamiyyah. (ii).

assalamualaikum.

waktu yang ditempuh sewaktu menunggu keputusan spm merupakan antara waktu puncak konflik dalam diri saya. pada waktu itu, jiwa saya memberontak kerana saya merasakan perjuangan menuju Tuhan itu amat payah. dalam masa yang sama, jauh di sudut hati saya sangat merindukan ketenangan yang saya pernah rasakan sewaktu di mrsm. namun, syaitan lebih berjaya menguasai hati saya. meskipun hati saya sangat merindui Allah, saya tidak langsung berusaha untuk bangkit mencari penawar. bahkan, saya ubat dan rawat hati dengan perkara-perkara dunia yang membuatkan saya leka dan merasa lepas dari konflik jiwa yang dialami. selain itu, sebagai tanda protes terhadap kepayahan dalam perjuangan, saya tinggalkan banyak amalan yang dulu jadi pegangan. mujur saja Allah tidak ambil nyawa saya pada ketika ini. kalau tidak, entah apa yang akan saya jawab dihadapanNya nanti.

lewat protes dan keegoan saya dalam menangani konflik, Allah masih menyayangi saya. saya terpilih untuk menyambung pengajian ke intec. saat itu, gunung ego saya runtuh. sungguh, kasih sayang dan rahmat yang dilimpahkanNya benarbenar membuatkan saya jadi malu sendiri. lalu, saya bertekad dalam hati untuk kembali mentarbiyah diri.

meskipun tempoh pengajian saya di intec sebulan cuma, itu adalah tempoh yang akan saya ingat sepanjang hayat saya. hal ini kerana di intec lah saya temui sumber kekuatan untuk bangkit menyambung perjuangan. di intec, saya diperkenalkan kembali dengan usrah. dan di sini, saya diperjelaskan dengan sebenar-benarnya tentang makna usrah - keluarga. dan, makna itu benarbenar dimanifestasikan dalam usrah kecil saya. tautan kasih sayang yang terjalin antara saya, rakanrakan usrah, serta naqibah kami dirasakan sungguh tulus sehingga meresap ke lubuk hati yang paling dalam. demi Allah, saya kasihkan mereka semua. mereka saya jadikan sayap kanan dalam perjuangan. mereka jadi sumber rujukan, dan sumber ilham.

dari usrah ini, kecintaan saya pada Islam bertambah. saya peroleh banyak ilmu yang tidak saya peroleh di sekolah. dalam usrah ini, saya dididik dengan ilmu al-Quran. saya lebih kenal al-Quran setelah menyertai usrah di intec. sebelum ini, al-Quran itu bagi saya cuma sebuah kitab untuk dibaca dan dilagukan semata-mata. pada saya, al-Quran itu indah pada susunan ayatnya, sedap lagu bacaannya. penenang jiwa, pendinding diri, dan peneman di barzakh nanti. namun, setelah didedahkan dengan buku-buku tafsir, saya lebih mengenali al-Quran. ruhnya mula terasa. dirasakan al-Quran itu hidup, bukan catitan ayat di atas lembaran kertas cuma. pertama kali mengenal al-Quran dengan mendalam, terus saja saya jatuh cinta. dan dirasakan segunung semangat dihembuskan ke dalam jiwa saya. pada waktu ini, saya bulatkan tekad. apa juga kepayahan yang saya tempuhi, saya takkan pernah berundur dari jalan ini. hidayah Allah itu terlalu mahal untuk saya jadikan barang permainan tarik tali.

namun, benarlah kata orang, jalan menuju Allah itu tidak akan pernah mudah. penglibatan saya dalam usrah tidak disenangi orangorang terdekat. jenuh saya cuba menjelaskan. bahkan, saya mempertemukan mereka dengan naqibah saya sendiri. namun, tidak ada yang mahu memahami. pernah sekali, saya dijemput di tempat program sewaktu program masih berlangsung. sedihnya hati, Tuhan saja yang tahu. pada waktu ini, saya sangat dahagakan ilmu agama. jadi, apabila dibawa pulang dari majlis ilmu begitu sahaja membuatkan saya merasa seperti direnggut jongkong emas yang ada di tangan saya.

syukur sahaja ahli usrah semuanya memahami. kerana mereka, saya tidak teragak-agak untuk terus maju dalam perjuangan. ukhuwah yang didasarkan atas kecintaan terhadap agama menjadikan saya seorang yang kukuh pendirian. saya merasa gagah di atas jalan mencari hidayah Tuhan kerana adanya mereka sebagai tempat pergantungan. tapi, sekali lagi, panas yang disangkakan hingga ke petang, tidak langsung berpanjangan. takdir yang tertulis memisahkan kami pada dua jalan yang berbeza. perpisahan yang terjadi sewaktu saya enak mentarbiyah diri memang ujian yang payah buat saya. saat iman masih belum teguh, kefahaman masih belum utuh, saya terpaksa merangkak sendiri mencari nur Ilahi. dan sifat saya bila kehilangan adalah jiwa saya akan menjadi lemah. dan, saya pun tersasar lagi...




.bersambung.

Friday, January 14, 2011

usrah.&tarbiyah islamiyyah. (i).

assalamualaikum.
:)

usrah. satu perkataan yang bukan baru dalam hidup saya. saya kenal usrah sejak dari tingkatan 4. pada waktu itu, ada program usrah dijalankan di mrsm saya untuk julung kalinya. dan keterlibatannya khas untuk pelajar puteri.

tapi, pada waktu itu saya tak pernah nak ambil peduli perihal usrah. homesick lagi penting. tambahan pula, perjalanan program usrah masih baru. semua orang tak faham dengan konsep usrah. tiada siapa yang betubetul stress-kan akan kepentingan pelaksanaan program baru ini. dan saya rasa bukan sekadar saya, yang lainlain pun tak ada yang ambil peduli. termasuk naqibah saya sendiri. saya rasa kami bertemu muka cuma sekali, sewaktu sesi ta'aruf. dan kemudian tiada perjumpaan lagi. sebab tu saya tak pernah ingat siapa naqibah saya sampai hari ini.

masuk tingkatan 5, tugas biro puteri tergalas di bahu saya. biro puteri yang sebelumnya sudah mengamanatkan kepada saya untuk meneruskan program usrah ini. legasi ustazah katanya. saya terima amanat itu dengan berat hati. kerana saya tahu, nak buat usrah bukan mudah. banyak hati yang ikhlas diperlukan. dari kalangan batch saya, saya pilih beberapa orang yang saya percaya mampu menjadi naqibah yang baik. saya letakkan seorang naqibah pada setiap dorm. pengisian yang saya minta naqibah laksanakan adalah baca yasin di dorm pada malam jumaat. dan juga halaqah tilawah pada bulan ramadhan. lagi, perjumpaan singkat untuk sharing tazkirah selepas zohor setiap hari jumaat. itu sahaja. dan, ambil kedatangan adikadik serta hantar laporan usrah setiap minggu.

nampak macam sistematik bukan? tapi, pelaksanaan usrah juga gagal di bawah tanggungjawab saya. banyak yang mengeluh. usrah mengganggu waktu study. dan sejujurnya, saya sendiri pun rasa begitu. lalu, saya pun mengambil langkah dengan memberi opsyen kepada para naqibah untuk mengadakan usrah bilabila masa sahaja. tidak lagi menjadi kewajipan untuk berusrah setiap minggu. selepas keputusan itu dibuat, program usrah menjadi amat pasif. tapi, saya tidak pernah kisah. kerana saya tidak merasakan keputusan itu sesuatu yang salah. bahkan, saya fikir mungkin itulah yang keputusan yang terbaik untuk semua pihak.

saya nampak punca kegagalan program usrah di bawah tanggungjawab saya. saya, yang bertanggungjawab menyelia perjalanan program, tidak pernah faham apa itu sebenarnya yang dipanggil usrah. tiada siapa yang pernah cuba menjelaskan kepada saya akan kepentingan usrah selain meneruskan legasi ustazah. dan saya sendiri, tidak pernah berusaha untuk mencari apa sebenarnya makna di sebalik usrah. kerana saat itu fokus cuma pada ilmu dunia - spm semata-mata.

pada masa yang sama juga, iaitu di tingkatan 4 dan 5, saya meneroka sisi baru diri saya. di sini, saya tahu yang hati saya tandus dengan pengetahuan agama. di sini, saya sedar betapa jauhnya jarak saya dengan Allah. lalu, perlahan-lahan saya mengatur langkah untuk merapatkan diri kepadaNya.

Allah mengatur kehidupan saya dengan cantik. dengan berjauhan dari mama, cuma mempunyai seorang sahabat, saya hilang pergantungan pada manusia di mrsm itu. lalu, saya mula belajar untuk mengenal Dia. dan seluruh pengharapan dan pergantungan saya letakkan kepadaNya. saat homesick saya kronik, saya pasti akan duduk lamalama di surau. waktu itu, saya rasakan ketenangan yang indescribable setiap kali meluahkan kesedihan kepada Dia. itulah titik mula saya jatuh cinta kepadaNya.

di mrsm itu, proses pentarbiyahan diri bermula. tapi, saat itu saya sendiri. saya cari gali ilmu Islam dengan sendiri. saya banyak habiskan masa di surau untuk cari tazkirah-tazkirah yang boleh saya baca. tidak ada orang yang tunjukkan jalan pada saya. saya belajar tentang aurat dengan sendiri. saya revise hukum-hukum tajwid sendiri. tapi, apalah sangat ilmu yang saya peroleh dengan ruang masa dan sumber bacaan yang sangat limited. kefahaman saya tentang Islam dan Allah pada waktu itu cetek cuma. apa yang saya faham, saya cuba manfaatkan. jerih perih nak dapatkan ilmu agama pada waktu itu menjadikan saya sangat menghormati setiap ilmu yang saya peroleh. tapi, kefahaman saya terhadap sesuatu perkara tidak ada yang total. kebanyakannya 60% sahaja, tidak ada yang menyeluruh. dengan itu, adalah sahaja ompongan dalam amal perbuatan saya.

dalam kepayahan mentarbiyah diri, Allah hantarkan ujian pada hati. dan saya yang jahil pada waktu itu, menyalah faham ujian itu sebagai kurniaan. lalu, disandarkan pada kurniaan itu segala kekuatan dalam perjungan. disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. heh. itulah juga yang terjadi pada saya. 'kurniaan' itu ditarik kembali. saat itu, robohlah kekuatan saya dalam tarbiyah. ibarat si buta berjalan tiada bertongkat, berkalikali saya tersembam dalam perjuangan setelah tempat sandaran kekuatan roboh. hinggakan, pada saat terlalu lelah dalam mujahadah, saya mengalah. dan kembali pada jahiliyah...






.bersambung.

Thursday, January 13, 2011

senyum. :)

assalamualaikum.
:)

masa berduka lara sudah tamat. sekarang saya sudah boleh senyum kembali. tade nak sedih, murung, kecewa, atau apa sahaja perasaan negatif.

tapi, sebenarnya kan adegan sedih tu berlaku sejam je pun. tak lama. alhamdulillah Allah temukan saya dengan katakata motivasi di satu page facebook. fuhh. meresap ke dalam hati. terasa ada satu semangat baru ditiup kembali ke dalam jiwa. sungguh kata k.Mira. Allah menguji kerana cinta. Allah sedang berbicara terus dengan saya. subhanallah.

dapat markah sebanyak itu sesungguhnya adalah yang terbaik buat saya. macam yg k.long safiya cakap, kalausaya dapat markah tinggi, saya akan terus lalai. kan bagus dapat tamparan yang macam ni. terus sedar diri. hohoho!

terima kasih semua yang bagi katakata semangat pada saya. terutamanya, k.long safiya, k. mira dan k.natt. sayang kalian semuanya. kepada yg pm utk tanya khabar pun, terima kasih juga ya. moga perhatian yg diberikan dibalas dengan hitungan setimpal. semoga rahmat Allah sentiasa menaungi kita semua. amin.
:)

hari baik. hari buruk.

assalamualaikum.

hari ni hari Khamis.
hari yang baik.
tapi kurang baik buat saya.

hari ni permulaannya juga sudah salah. saya lambat bangun. kunci jam, tapi mungkin secara tak sedar telah mendiamkan jam itu waktu dia memekik. lalu, lambatlah saya bangun hari ni. bersiap cepatcepat untuk ke kelas. hari ni kelas pukul 9 lagi. hurm, nasib lah jadi pelajar kelas A. asyik dapat kelas awal pagi saja.

waktu keluar rumah, timing macam da cantik. elok saja sampai di bus stop, bus pun datang. bas bergerak pada kelajuan biasa pada mulanya. tapi, makin lama makin lambat. dan ada ketikanya, tak bergerak. saya buat tak peduli saja. biasalah tu, traffic jam awal pagi. tapi, ini bukan traffic jam yang macam biasa. hari ni berlaku traffic jam yang SUPER LUAR BIASA. memang amat super luar biasa bila mana perjalanan dari hearsall common ke rootes building, university of warwick menelan masa 50 minit. sebab selalunya 10 minit je kot. atau, paling lambat pun 20 minit. tak pasalpasal saya masuk kelas lambat 40 minit. hurm.

term dua kali ni tempat kuliah dan seminar banyak yang berubah termasuk tempat seminar untuk subjek oracy. lepas bangkit dari katil tadi, saya tengok kelas saya di A0.05. jadi, sesampainya di social building, teruslah saya caricari kelas tu. mulamula saya dengar suara orang melayu cakapcakap dari kelas A0.23. jadi, selamba jer saya bukak pintu. ades! salah kelas. kelas senior rupanya. segan. segan. erm, saya pun tak faham kenapa saya gi jugak bukak pintu kelas tu. padahal otak saya kata kelas di A0.05. kan da malu sendiri.

tapi cerita salah masuk kelas tak habis kat situ. saya pun berkeliaran mencari kelas A0.05 yang dimasukkan. dari luar, dengar bunyi English man sedang bercakap. tapi, macam lain je dengan suara Peter. tapi, tak pelah. sebab memang betul saya nampak kat jadual yang kelas memang kat sini. jadi, konfiden je saya buka pintu. nampak manusia kat situ chibby, pedot, dan lecturer yang memang bukan Peter. saya pun macam aneh kejap. tapi, buat sangka baik mungkin Peter mintak orang ganti kelas dia. tapi, tak pulak otak saya boleh interpret yang saya sedang berjalan masuk ke kelas yang salah sampai lah ada seseorang cakap, "ini EAP class." oh my! waktu tu baru saya sedar yang chibby dan pedot bukan ahli kelas saya. mereka kelas lain. hahaha. salah kelas lagi. segan lagi. ades!

kemudian saya pun telefon la cik yah untuk tengokkan balik kelas saya kat mana. rasa macam stress sangat time tu. sudah la lambat, salah masuk kelas orang dua kali pulak tu. huhu. lepas dapat tahu kelas kat mana, sedarlah saya yang otak saya tak berfungsi sepenuhnya lagi pagi ni. mesti saya baca jadual time mamai. sebab tu salah tengok. kelas saya dekat S0.13 kot. A dgn S tu jauh bezanya. haish.

masuk kelas Peter dengan muka bersalah amat. nasib baik Peter baik. aman juga hati. habiskan kelas Peter dengan sedikit fokus. kalau suruh diulang inti pelajaran Oracy tadi, senang saya jawab, saya tak taw. saya cuma dapat tangkap part jigsaw listening. itu saja. yang lain, terbang dibawa angin lalu. tak masuk otak pun.

habis kelas Peter, kelas Lynette pula. dengan preparation yang ala kadar, saya pergi duduk sebelah Ch'ng, depan sekali. sebelah kiri pulak Priya. pandai kan saya pilih seat? heh. waktu discussion, semua macam okay. seronok discuss dengan budakbudak pandai. rasa macam otak saya dapat wake up call untuk berfungsi secara penuh. rasa macam baru bangun dari tidur. baru boleh fikir dan analyse segala macam maklumat. alhamdulillah. saya boleh pick up pelajaran dalam kelas Lynette. :)

part belajar memang best. tapi, ada part yang tak best. tadi, Lynette bagi markah esaimen. dan. markah saya memang sangat menghampakan. hahaha! ketawa pada diri sendiri. belajar malas tapi ada hati nak dapat markah tinggi. hurm, markah saya rendah cuma. tak sampai 60 pun. teruk kan? tsk.tsk. tapi, difikirkan kembali, memang selayaknya markah saya sebanyak itu sahaja. markah yang saya dapat adalah gambaran usaha yang saya laburkan dalam pembikinan esaimen tu. sebanyak mana usaha, sebanyak itulah markah saya.

mula-mula dapat markah, memang down. saya expect sesuatu yang lebih dari esaimen ni. sekurang-kurangnya 60 markah. jadi, bila tak dapat, saya memang rasa macam tak layak duduk UK. balik Malaysia tanam kangkung lagi bagus. bila call yah bagitaw markah esaimen, memang nak nangis. down. down. down. naik bas, saya duduk tepi tingkap sorangsorang. muhasabah balik apa hikmahnya saya dapat markah se'banyak' itu. oh! baru saya perasan. saya tak usaha langsung nak dapatkan markah yang banyak. kalau dihitung dengan usaha yang saya letakkan, 58% tu da kira banyak kot. kiranya, Allah masih sayang pada saya. buat kerja last minute, langsung tak gi library, source dari google je. mungkin saya layak untuk markah yang lebih rendah. lepas muhasabah, hati jadi lapang. tak down lagi. sebab ini salah saya. ini teguran dari Tuhan. Allah sedang tegur cara saya belajar. lepas datang UK, memang saya banyak main dari study. jadi, inilah akibatnya.

malu dengan diri sendiri. malu dengan mamaabah. malu dengan kawankawan. dan yang paling utama, saya paling malu dengan Tuhan. malu sangatsangatsangatsangat. sampaikan, saya tak nak cakap dah pasal esaimen ni lagi lepas habis hari ini. hari ni biar jadi hari muhasabah dan mengambil ibrah dan hikmah. esok, tade lagi. esok, hari membetulkan apa yang salah, meluruskan apa yang bengkok.

tapi, dalam banyakbanyak perkara tak best yang berlaku, ada juga perkara best yang jadi. kamera buta saya da celik. yeay! senyum.senyum.senyum. tehee. terima kasih kepada cik yah yang membeli mata itu. lepas dapat elaun nanti, kita berkolaborasi membeli kamera untuk yah pulak. okie? sharing is caring. ngee. :DD

erm, banyak benda yang saya sedang nak betulkan. hidup saya memang messy dan unorganized sekarang. moga-moga Dia bantu memudahkan segala urusan. amin.

Wednesday, January 12, 2011

reminiscing the past.

assalamualaikum.

setelah hantar dua esaimen, rasa macam masa lapang ni berganda-ganda la pulak. lalu, untuk mengisi masa lapang, saya baca kembali post-post lama saya dari tahun 2008-2009. sebenarnya, saya dapat idea nak godekgodek blog ni setelah terbca satu quote di blog seseorang yang nampak macam ayat saya. ada iras-iras sikit. tapi, time godek-godek tadi, yang dicari tak jumpa. tapi, banyak benda lain yang saya jumpa yang buat saya senyum ketawa hati berbunga malam ni. hik.

lepas baca post-post lama, baru saya taw yang penulisan saya dalam english tade la teruk sangat pun. haha. even grammar tunggang langgang, tapi ayat berbunga boleh tahan. cik yah dan even saya sendiri pun rasa macam tak percaya saya boleh tulis ayat-ayat camtu. haha. tapi sekarang, kalau suruh menulis sebegitu lagi, rasanya da tak mampu kot. yalah, lama tak practice. asyik tulis essay yang memerlukan technical term aje, mana nak pandai tulis narrative essay lagi da. heh.

lagi, saya perasan yang saya ini emo orangnya. di luar nampak tenang. tapi, isi penulisan berkecamuk amat. yalah, masa tu hati masih tak tenang. sedang mencari essence of love, bak kata cik marini tahun 2009. tapi, marini di tahun 2011 insya-Allah da lain. tak sibuk da nak cari essence of love bagai ni. bila sudah mafhum tentang tujuan penciptaan diri, masih adakah lagi masa nak lakukan perkara lain selain berusaha mencapai objektif yang azali?

dan, terang nyata lagi bersuluh, blog saya di zaman dahulu penuh dengan kisah lambakan cinta. haha. segan sungguh jadinya. kepada pelawat-pelawat baru, tak payah la susah-susah nak baca post lama saya k? jahiliyyah semuanya. tak bermanfaat pun. baru saya sedar betapa banyaknya dosa zina hati yang saya da kumpul selama ni. astaghfirullahalazim. T__T

erm, dan saya banyak juga jumpa post yang bermanfaat sebagai reminder buat saya. mungkin, kalau saya tak godekgodek blog ni tadi, saya akan terus lupakan peringatan-peringatan yang penting macam ini dan ini. peringatan-peringatan ni amat berharga buat saya. sebab itu antara tonggak semangat saya pada langkah-langkah terawal menuju jalan hijrah.

selain itu, saya dapati yang blog ni amat bermakna buat saya sebab ini arkib cerita hidup saya. saya tidak menconteng semena. meskipun pada entry ayat yang berbunga, tetap ada kisah tersirat di sebaliknya. setiap post ada cerita tersendiri. ada antara kisahkisah itu sudah saya lupa. tapi, saya dapat balik memori tu bila baca kembali entry-entry sebelum ini. inilah makna sebenar blog buat saya. catitan kisah hidup pada hari ini, untuk dikenang di masa nanti. baru dibaca 2/3 tahun kemudiannya pun, sudah boleh senyum begini. pasti kenangan akan dirasakan lebih manis bila dijeruk lebih lama lagi. kan kan kan? harapnya, saya ada pinjaman umur yang banyak supaya boleh baca balik kisah kanakkanak saya dengan anak cucu nanti. hee, macam comel je.
;D

Tuesday, January 11, 2011

2 sudah mati, lagi 1 tinggal.

assalamualaikum.
:D

senyum besarbesar. tarik nafas panjangpanjang.
daannnn.
hembus!
fuhhh!
alhamdulillah.

2 esaimen da selamat dikerjakan.
syukur lah, kali ni Allah permudahkan segala urusan saya.
berkat percubaan membuat esaimen awal waktu mungkin?
hee.
:)

dikisahkan, inilah kali pertama dalam hidup saya buat esaimen awal seminggu dari due date. sepanjang hidup saya, tak pernah pun macam tu. paling awal seingat saya, 2 malam sebelumnya. itu pun siap 2 perenggan sahaja pada malam pertama. yang lain saya sudahkan malam terakhir tu jugak. hurm, mungkin saya patut konsisten buat kerja awal waktu. tibatiba rasa semangat nak buat esaimen peter. teehee.

.pemandangan indah di uk yang buat saya suka study.
.okay, saya tipu.

dengar cerita, term 2 ni cuma ada 3 portfolio sahaja. yeay! saya suka sangat. sebab kalau boleh saya tak nak sangat cuti easter saya nanti terganggu. macammacam da plan ni. nak gi host programme la. nak gi paris la. nak gi turki la. nak gi egypt la. wah. wah. wah. banyak tempat nak pergi nampak. kaya betul! haha. okay, itu cuma anganan semata-mata. tak mungkin lah kan dalam satu masa, saya pergi 3 tempat terus. tengok la nanti tempat mana yang berjodoh. kat situ la saya sampai. :)

okay, habis merepek. nak g masak pulak. lapar. hari ni baru sekali makan. tu pun pukul 12 tadi. oh, kesian perut kerana tak ditunaikan haknya. ok, kawankawan. saya beredar ke dapur dulu ya?

jumpa lagi.
:D

Monday, January 10, 2011

sekali diuji.

assalamualaikum.

mengapa rasa resah bila diuji?
sedangkan ujian itu satu tarbiyah dari Yang Esa.
mengajak kita untuk lebih dekat kepadaNya.
mengajak kita untuk berkomunikasi dari hati ke hati denganNya.
mengajak kita untuk menikmati nyaman teduh kasihNya.

bersyukurlah bilamana diuji.
itu tandanya Kekasih yang didamba tidak melupai kita.
itu tandanya Dia sedang menegur kita dengan hikmah.

melihat keindahan yang ada pada tarbiyah ujian,
baru saya faham.
patut saja orangorang soleh itu merintih hatinya bila tidak diuji.
bimbang barangkali.
kalau-kalau kealpaan terus mengusai hati.
kalau-kalau kesenangan terus melalaikan diri.
hingga terlupa pada Dia yang sentiasa ada di sisi.

apa sahaja ujian yang melanda,
lapangkan hati.
istighfar.
lafazkan:
"innalillahi wainna ilaihi raaji'un"
bertawakal.
serahkan semuanya kepada Dia.
kerana Dia Maha Mengetahui segala.
:)




.subhanallah.walhamdulillah.walailahaillallah.allahuakbar.

Saturday, January 8, 2011

dwelling in the past.

assalamualaikum.

do you ever wonder why people love to dwell in the past?


do you ever wonder why is it so hard let off the past and just cherish the present?


no?



i do.

kata-kata motivasi untuk diri sendiri:

biar pecah empangan air di tubir mata,
tak kan aku pernah menyerah dalam perjuangan ini.

kuat lah hati.
kuat lah hati.
kuat lah hati.
dengar kata iman.
jangan sampai dipandu nafsu.

hiasan dunia ini sementara. sekejap cuma.
tiada tara untuk dibandingkan dengan nikmat hidayah yang nyata indahnya.

sabar. sabar. sabar.

jalan ini memang mujahadah.
tapi, janji Allah itu benar.

*istighfar*

sepatutnya saya tak update pun blog ni.

assalamualaikum.

seperti yang tertera pada tajuk entry di atas, saya sememangnya tak sepatutnya update pun blog ni. atau dengan kata lainnya, entry ni saya tak patut tulis pun. tapi, saya memang kena update jugak blog ni sebab saya sedang stress. ya, STRESS!

siapa tak stress sekolah da nak bukak lagi 2 hari? huhuhu. orang yang suka pergi sekolah, mungkin seronok lah. tapi, saya tak suka. huu. teruk kan saya? tape, tape. saya nak tambah lagi satu azam tahun baru saya iaitu MENAMBAHKAN RASA SUKA UNTUK KE SEKOLAH. erm, nampak macam susah je. tapi takpe lah. akan saya cuba usahakan. insya-Allah.

bukan pasal sekolah je. ada lagi benda lain yang buat saya stress. apa lagi kalau bukan gergasi esaimen iatu SLA. setakat ni baru 100 perkataan berjaya disiapkan. ada lagi 1900. tsk. tensyen. tensyen. kalaulah esaimen ni boleh belajar berdikari macam yang erna cakap tu, kan best. okay. merepek.

lagi sebab ketensyenan adalah kerana ketidak stabilan emosi. ya, ya. emosi sedang tidak stabil sekarang. asyik nak berduka lara tak tentu pasal. ergh, bukan tak tentu pasal. memang tade pasal apa pun. huu. pastu mulalah rasa macam nak tido tanak bangunbangun. astaghfirullahalazim. buruk sungguh perangai kan kan kan? tapi, aiyee. part hati duka lara ni memang sangat taley blah okay. kerana dalam banyakbanyak penyebab ketensyenan, ianya adalah merupakan penyebab yang paling utama sekali. bahkan, ialah yang membuakbuakkan perasaan tensyen dalam diri ini. adeh, tensyennnn.

erm, mungkin saya patut berhenti menconteng sekarang. kalau tak, entah apa lagi yang saya repekkan. doakan saya cepat siap esaimen ya? dan tak tensyen tensyen lagi jugak. okay? terima kasih, sahabat. :)

p/s:
time tensyentensyen ni la pulak rasa nak minum sirap bandung.
adeh, tambah lagi satu tensyen.
T__T

Thursday, January 6, 2011

siap satu, 2 lagi tunggu.

assalamualaikum.
:)

selepas bertungkus-lumus (kononnya) selama 2 malam berturut-turut, akhirnya satu esaimen berjaya ditumpaskan. hee. alhamdulillah. lega sikit rasa hati ni. tapi, yang tumbang sekarang cuma sociology. gergasi sebenar esaimen kali ini belum kalah lagi. huhu. doakan saja saya punya kekuatan untuk berhadapan dengan SLA esok.

erm, sebenarnya bukan perihal esaimen yang saya nak cakap.
saya nak cakap benda lain. huhu.
tapi tapelah. abaikan saje.
tak penting pun. heh.

Wednesday, January 5, 2011

andai saja kamu faham yang hidup bukan sematamata tentang berteman.

assalamualaikum.

ini adalah bahan bacaan buat yang berkenaan sahaja.
:)

untuk awak yang pernah saya pegang hatinya satu ketika dahulu,
nah, ambil semula hati awak.
pegang erat, jangan sampai lepas ke tangan orang lain lagi,
sebelum tiba waktunya.

tidak. saya bukan bermaksud menyuruh awak menunggu saya.
bukan. bukan.

saya cuma ingin mengajak awak kembali menyerahkan hati
kepada Dia Sang Pemilik Segala.
langit bulan bintang juga adalah milikNya,
apakah hak kita untuk berkata bahawa sekeping hati kecil ini hak mutlak kita?

ketahuilah awak,
cinta remaja kini indahnya fana semata-mata.
cinta ini tidak menjanjikan syurga akhirat.
cinta ini kilang melambungkan dosa.
cinta ini yang mengotorkan jiwa.
cinta ini yang menarik kita jauh dari Dia.
"...dan syaitan pun menjadikan terasa indah bagi mereka apa yang selalu mereka kerjakan." (Al-MAidah:43)

apa masih mahu bercinta?

ketahuilah awak,
sendiri tidak bermakna sepi.
dengan Dia di sisi,
diri tak akan pernah rasa sunyi.
kalau sungguh manusia akan derita tanpa kekasih hati,
nama Rabiatul Adawiyah takkan agung begitu sekali.
"...Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat kebaikan, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." (Al-Baqarah:112)

buat awak yang disayangi sebagai saudara seakidah,
mari kembali membersihkan hati.
mari kembali mencari cinta hakiki, cinta Ilahi.

awak,
ketahuilah kalau sekiranya hidup kita terlalu singkat untuk memikirkan soal kekasih hati yang entah bila akan kembali.

awak,
bangkitlah dari mimpi yang panjang.
ambil hati awak ini kembali.
genggam kejap sepanjang perjalanan menuju Dia.
bila sudah sampai ke destinasi,
serahkan saja padaNya.
biar Dia tentukan segala.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

awak,
ketahuilah sekali lagi,
dalam perjalanan singkat hidup kita sbagai pengembara di dunia,
Allah sediakan kita dengan dua cinta:
keduanya tidak menyakitkan,
dan tak akan pernah mengecewakan.
ianya adalah:
Lillahi (untuk Allah) dan Fillahi (kerana Allah).
dan kita tidak akan menemukan keduanya,
selagi mana kita tidak berjumpa dengan Yang Menciptakannya.

carilah Allah. insya-Allah cinta yang lain akan mengikuti.
jangan mencintai yang lain mendahului Allah, bimbang semua cinta akan menjauhi.

akhir kata,
selamat berjuang mencari mardhatillah, akhi.




ikhlas,
saudari seakidah.

Sunday, January 2, 2011

nilai sebentuk ikhlas.

assalamualaikum.

ikhlas.
diucap mudah.
dicapai payah.
menerobos definisinya juga susah.
apa kau tahu apa itu ikhlas?
terjemahkan padaku akan maksudnya.
kerana sehingga saat ini aku masih mencari.
tidak akan keruan hati,
selagi aku tidak berjaya mentafsir,
apa sebenarnya yang dipanggil IKHLAS.
andai sahaja kita manusia mampu membaca isi hati sendiri.
mesti ikhlas itu mudah bukan? *sigh*

.sampai saat ini, perjuangan menggapai ikhlas dirasakan payah.
.sepayah menggapai kejora di langit.
.tapi, selayaknya perjuangan ini sepayah itu.
.kerana nilai sebentuk IKHLAS tiada taranya.
.cuma Dia sahaja yang tahu nilai harganya.

nikmat rasa hidup bertuhan. tak pernah diri rasa sendirian.

mana mungkin diri rasa sendiri,
bilama Kekasih hati lebih dekat dari urat nadi.

"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia
dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
(Qaf: 16)

Saturday, January 1, 2011

assalamualaikum 2011.

bismillahirrahmanirrahim.
basmalah sebagai pembuka bicara.
moga penulisan ini dihitung ibadah olehNya.

assalamualaikum sahabat.
:)

matahari tahun baru di britain tidak bersinar terang.
menjengah ke luar, hari ini mendung.
assalamualaikum 2011.
ucapan salam sejahtera buat fasa hidup yang baru.
semoga kisah hidup pada tahun ini indah nian bagai kerlipan bintang di langit semalam.
tidak kosong kelabu sebagaimana langit di permulaan tahun yang baru ini.
insya-ALLAH.

perkara yang sinonim tentang tahun baru adalah azam. dan seperti biasa, saya tak punya azam yang banyak. bagi saya, biar sedikit azam itu, asalkan terlaksana dan meninggalkan impak yang besar dalam hidup. dan azam yang baru ini hendaklah mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahuntahun yang sebelumnya.

jadi, inilah azam tahun baru saya:

* nak jadi lebih berdisiplin.
* lebih rajin melakukan assignment.
* penggunaan masa yang lebih efektif.
* hafal sekurangkurangnya separuh juzuk amma
* hafal ma'thurat sughra

macam tahun lepas juga, saya ada 5 azam. dan impian saya hujung tahun nanti saya dapat score 100%. up 20% dari tahun ni. hee~

mengikut perancangan, tahun ini akan jadi tahun yang menggembirakan juga buat saya. pertama, 5 july nanti saya akan pulang ke Malaysia. yeay~! tak sabar nak jumpa orangorangorang yang saya rindu banyakbanyakbanyak.

banyak perjumpaan dengan masyarakat yang saya nak buat ni. pertama, saya ingat nak buat reunion dengan bestfriends yang da lama saya tak jumpa. fatihah, yuu, ibah, nadia, k. zu dan kalau boleh nak jumpa baby amanda juga. dan da plan degan aten, nak buat gathering adik beradek homeroom. lagi, saya nak jumpa nadzipah. 2010 kami tak sempat nak jumpa. masingmasing busy. huhu. dan saya juga nak jumpa kak mimi azira. ini rindu yang paling banyak saya simpan. sampaikan orang yang suara macam dia call saya, saya boleh menangisnangis pulak.

lagi, saya ingat cuti summer nanti nak ke ipoh bersama deepdeep, cik yash dan omma. nak jumpa miss yatty. rinduuu banyakbanyak. boleh merasa naik bilal. hehehe. ;D erm, selain tu nak jumpa lecturer-lecturer kesayangan especially mr. yus dan mr. ruban. dan jugak ma'am kana. itulah saya, time dekatdekat dulu, rasa nak lari je dari lecturer. da jauhjauh gini, rindu pulak. heh. lagi, saya nak gi cari kedai makcik simpang. saya rindu sup campur makcik. jadi, gi ipoh nanti memang kena cari sampai dapat jugak kedai baru makcik. tehee.

.introducing: bilal. hensemkan?.

dan, yang paling terbaik sekali adalah bilangan ahli keluarga sebelah mama akan bertambah. yeay! k.long da nak kawen. alhamdulillah. sememangnya saya tak kan ada sewaktu majlis akad nikah. tapi, takpe. masih boleh meraikan mereka sewaktu majlis resepsi bulan september nanti.

.si cantek dan si kacak.

erm, perancangan memang tampak indah. tapi, kita cuma merancangkan? Dia yang tentukan seegalanya. semoga dia mempermudahkan segalanya buat saya. amin. amin. amin.

akhir kata, selamat tahun baru sahabat. moga masa yang dipinjamkan olehNya ini dapat kita pergunakan untuk menuntun diri menjejak syurga Ilahi. salam 2011. :)